Monday 11 October 2010

mungkin

mungkin..
hati aku akan mati..
sekejap lagi..

jangan lihat aku, dalam bayang itu..
jangan cari aku dalam angan mimpi..
jangan renung aku dalam tajam matamu..

aku terkaku dalam monolog yang panjang.
noktahkan tanda itu..!!!!

hati aku hampir mati

Friday 3 September 2010

buatmu

tersedar aku dalam sendu nafas yang hampir
tersentak aku dalam rasa yang mendalam
tenggelam aku dalam renungan sendiri

hamparan perasaan
laungan hati
dalam diam ia bercambah memekar
rasa yang sama-sama kau baja

buatmu duhai kesayangan hati

Friday 16 April 2010

tanpa kamu

aku
.
.
.
aku
.
.
.
dan

aku


tanpa kamu....


siapa aku untuk mu..
hanya membebankan
sedikit demi sedikit
aku makin sakit
renungan tatapan itu
memanah aku


ianya hnya seketika

mungkin

Tuesday 9 March 2010

kehidupan adat manusia

aku
dijalanan
melihat manusia, melihat alam
melihat bumi bersama kandungannya

aku ingin mencapai kata
aku ingin menjejak berkesan

akal menyambut satu demi satu kata-kata tanpa pergantungan
kemana..?
dimana..?
siapa..?
bagaimana..?

pertikaian disulami pertikaian
tanpa sebarang kata-kata bulat
namun, siapalah aku untuk menentang..
yang hanya berbekalkan fikir dalam kedalaman..

Sunday 31 January 2010

bulan 2..

rembulan masih terang,

walau sang mentari mulai memancar..


pandangan saling berbalas walau hiba harus meninggalkan,

bisu tanpa kata-kata,tenggelam sepinya bicara

tirai sudah berlabuh,

jiwa berkehendak ingin merintih,

perasaan melahirkan kerinduan yg dalam..

hati mulai berkata namun tiada yang mendengarnya..


rindunya sang bulan,

hibanya sang mentari,

walau hanya seketika,

pandangan itu ternyata bermakna

aku lepaskan..

aku lepaskan kau..
pergilah..
aku tidak mahu memaksa lagi..
jgn kau toleh masa itu..
pergilah..



andai kau toleh,kau milik aku
andai tidak,kau bukan kepunyaan aku..



aku lepaskan andai itu yg kau mahu..

Saturday 30 January 2010

bulan

renungan rembulan kian tajam..
aku menunggu masanya purnama sempurna..
jelingan itu bermakna..
aku menantikannya..