Thursday 2 April 2009

kudat

antara dua lautan..
antara dua sempadan..
antara laut china selatan..
antara laut sulu pahlawan..

ditanjung penghujung benua..
merenung sejarah bermula..
memenung nasib arah bangsa..
menjunjung agama YANG MAHA ESA..

aman damai angin pantai..
menyaman melambai hati tersadai..
tingkapan tirai rampai menghurai..
singkapan maksud nak dicapai..

kudat dihujung dunia..
padat sejarah bermula..
adat dijunjung mulia..
ibadat menyerlah agama bangsa..
from my baby tiger

2 comments:

  1. argh
    hanya kerana sang kekasih di sana
    bila agaknya terbit puisi untuk aku ye?
    c(:

    ReplyDelete
  2. Haha .. camni ku rasa selesa gik bunyinya

    aman damai angin pantai..
    menyaman melambai hati tersadai..
    tingkapan tirai rampai menghurai..
    singkapan maksud tak tercapai..

    ReplyDelete