Thursday 26 February 2009

kesunyian malam..

kesunyian malam menyelubungi diri..keheningan malam dirasai..hati menadah memuja memuji..puja puji pada ILAHI..

bayu lembut terasa membelai2 diri..keheningan malam terlalu asyik untuk dihayati..
aku terlupa seketika..terlupa pada rindu yang entah dari mane..yang entah untuk siapa..terlalu leka aku pada malam ini..sepertinya aku terlalu memberi perhatian pada gerak langkah anak-anak di gelanggang..terlalu asyik..terlupa,atau mungkin tidak terhidu bahawa gerak dan tingkahku serta langkahku menjadi tarikan seseorang..

...keasyikan membuatkan aku terleka..
tatkala selesai sudah langkah digelanggang,aku keseorangan merenung rembulan..sungguh cantik..cantik sekali ciptaan YANG ESA..apabila memikirkan keBESARAN ILAHI terasa diri ini begitu kerdil..

hatiku terusik..hatiku tersentuh..hati ini berkata-kata..hati yang gemar bermadah berbahasa..
cengkerik berbunyi..bersahut sahutan..si kodok mencelah..rentak malam berlagu lagi..
sunyi..tiba2..tersedar..rindu,hampa..bermain dalam fikir..renungan rembulan sepertinya mahukan sang pungguk terus merinduinya..

kerinduan semalam mungkin akan terus memburu..memburu sampai pabila tiba masanya untuk berkongsi cerita gerangan si dia..wajah yang sering mengintai..mata yang sering memandang..suara yang memikat,yang telah mengikat hati..

No comments:

Post a Comment